Spotlight Website Terma & Syarat

PENGENALAN

Selamat datang ke laman web spotlightstores.com/my (“Laman Web”). Terma-terma dan syarat-syarat ini (“Terma dan Syarat”) terguna pakai di Laman Web dan semua bahagiannya, anak syarikat, dan laman Internet gabungan yang beroperasi dengan rujukan Terma dan Syarat ini. “Spotlight” bermaksud Spotlight Stores Sdn Bhd, sebuah syarikat perbadanan di Malaysia. Spotlight merupakan anak syarikat milik Spotlight Retail Group, sebuah syarikat berdaftar di Australia.

Dengan mengakses Laman Web, anda mengesahkan bahawa anda telah memahami Terma dan Syarat padanya. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat penggunaan, anda tidak sepatutnya menggunakan laman web ini. Laman Web berhak meminda, mengubahsuai, menambah, atau menghapuskan bahagian-bahagian daripada Terma dan Syarat penggunaan ini pada bila-bila masa. Pindaan akan berkuatkuasa apabila ianya diterbitkan di Laman Web tanpa notis terlebih dahulu. Sila semak Terma dan Syarat penggunaan dengan kerap untuk mendapatkan maklumat terkini. Penggunaan Laman Web secara berterusan dengan mengikuti kemas kini pindaan pada Terma dan Syarat penggunaan menandakan penerimaan anda terhadap pindaan berkenaan.

 

PENGGUNAAN LAMAN WEB

Kami memberikan anda lesen yang tidak boleh dipindahmilik dan boleh mansuh untuk menggunakan Laman Web, di bawah Terma dan Syarat seperti yang dinyatakan, bagi tujuan membeli belah barangan peribadi yang dijual di Laman Web.

Penggunaan komersil atau penggunaan bagi pihak mana-mana pihak ketiga adalah dilarang, kecuali jika ia dibenarkan secara terang-terangan oleh kami terlebih dahulu. Mana-mana pelanggaran Terma dan Syarat akan menyebabkan pemansuhan serta merta lesen yang diberikan seperti yang dinyatakan pada perenggan ini tanpa notis terlebih dahulu.

Kandungan yang terdapat dalam laman web ini hanya bertujuan untuk memberikan maklumat sahaja. Gambaran produk yang ditunjukkan dalam Laman Web merupakan gambaran daripada pembekal dan bukan daripada kami. Penyerahan atau pandangan yang dikemukakan dalam Laman Web merupakan terbitan individu dan kandungan berkenaan tidak mewakili pandangan kami.

Beberapa perkhidmatan dan ciri-ciri berkaitan yang mungkin boleh didapati di Laman Web mungkin memerlukan pendaftaran atau langganan. Jika anda memilih untuk mendaftar atau melanggan mana-mana perkhidmatan atau ciri-ciri berkaitan yang berkenaan, anda bersetuju untuk memberikan maklumat diri anda yang tepat dan terkini, dan untuk mengemas kini maklumat tersebut dengan serta-merta jika terdapat sebarang perubahan.

Kami menggunakan Google Maps di Laman Web kami untuk menyimpan lokasi & pandu arah, jika anda memilih untuk menggunakan fungsi Google Maps maka anda terikat dengan Syarat Perkhidmatan Google Tambahan Google Maps / Google Earth (termasuk Dasar Privasi Google).

Setiap pengguna Laman Web adalah bertanggungjawab untuk menyimpan kata laluan dan pengecam akaun yang lain dengan selamat dan berhati-hati. Pemilik akaun bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aktiviti yang dilakukan menggunakan kata laluan atau akaun berkenaan. Selain itu, anda juga dikehendaki memaklumkan kepada kami mengenai sebarang penggunaan kata laluan atau akaun anda tanpa kebenaran. Laman Web tidak akan bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, dalam apa jua cara ke atas apa-apa bentuk kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripada, atau yang mempunyai kaitan dengan, kegagalan anda untuk mematuhi seksyen ini.

 

PENYERAHAN PENGGUNA

Sebarang penyerahan yang anda lakukan ke Laman Web dan/atau kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, soalan, ulasan, komen, dan cadangan (secara am, “Penyerahan”) akan menjadi milik mutlak dan eksklusif kami dan tidak akan dikembalikan kepada anda. Sebagai tambahan kepada hak yang terguna pakai pada mana-mana Penyerahan, apabila anda menerbitkan komen atau ulasan di Laman Web, anda juga memberikan hak kepada kami untuk menggunakan nama yang diserahkan oleh anda, yang berkaitan dengan ulasan, komen atau kandungan lain yang berkenaan. Anda tidak boleh menggunakan alamat emel yang palsu, berpura-pura menjadi individu selain diri anda atau sebaliknya menipu kami atau pihak ketiga sebagaimana yang dilakukan pada maklumat asal mana-mana Penyerahan. Kami boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk, menghapuskan atau mengedit mana-mana Penyerahan.

 

UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG TERGUNA PAKAI

Terma dan Syarat ini hendaklah ditafsirkan dan mengikut arahan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia. Tertakluk kepada seksyen Timbang Tara di bawah, setiap pihak dengan ini bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa mahkamah Kerajaan Malaysia untuk mengetepikan mana-mana bantahan mengikut tempat.

 

TIMBANG TARA

Sebarang kontroversi, tuntutan atau pertikaian yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Terma dan Syarat ini akan dirujuk kepada dan akhirnya diselesaikan melalui timbang tara yang terikat padanya yang bersifat rahsia dan sulit sebelum penimbang tara tunggal diadakan di Malaysia dalam bahasa Inggeris dan mengikut arahan undang-undang Malaysia. Penimbang tara tersebut hendaklah merupakan individu yang terlatih secara sah dan mempunyai pengalaman dalam bidang teknologi maklumat di Malaysia dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tanpa mengira perkara yang berlaku kemudiannya, Laman Web berhak menyambung perlindungan hak harta intelektual dan maklumat sulit melalui injunksi atau penyelesaian saksama yang lain di mahkamah.

 

PENAMATAN

Sebagai tambahan kepada mana-mana remedi undang-undang atau saksama yang lain, kami boleh, tanpa memberikan notis terlebih dahulu, dengan serta-merta menamatkan Terma dan Syarat ini atau membatalkan mana-mana atau kesemua hak yang diberikan kepada anda di bawah Terma dan Syarat ini. Sebaik sahaja mana-mana penamatan dilakukan pada Perjanjian ini, anda hendaklah dengan serta-merta menghentikan semua akses dan penggunaan Laman Web dan kami akan, sebagai tambahan kepada mana-mana remedi undang-undang atau saksama yang lain, dengan serta merta membatalkan semua kata laluan dan pengecam akaun yang disediakan untuk anda dan menafikan anda daripada mengakses dan menggunakan Laman Web secara keseluruhan mahupun sebahagiannya. Mana-mana pembatalan pada perjanjian ini tidak akan memberi kesan terhadap hak dan kewajipan masing-masing (termasuk tanpa had, kewajipan pembayaran) pihak yang timbul sebelum tarikh penamatan. Anda juga selanjutnya bersetuju bahawa Laman Web tidak akan bertanggungjawab ke atas anda atau mana-mana individu lain atas sebab mana-mana penggantungan atau penamatan. Jika anda tidak berpuas hati dengan Laman Web atau dengan mana-mana terma, syarat, peraturan, polisi, garis panduan, atau amalan Spotlight Group of Companies dalam mengendalikan Laman Web, remedi mutlak dan eksklusif anda adalah dengan menghentikan penggunaan Laman Web. Anda boleh menyemak dasar privasi kami di: https://www.spotlightstores.com/my/privacy-policy.

altText

BECOME A SPOTLIGHT VIP

Get VIP discounts, attend exclusive events and more