Perlindungan Data Peribadi Spotlight

Komitmen Spotlight

Spotlight Stores Sdn Bhd (My COID 1063748-V) (“Spotlight”, “kami”) komited untuk melindungi semua maklumat peribadi yang diberikan kepada kami. Kami menguruskan maklumat peribadi dengan cara yang betul dan telus.

Maklumat peribadi anda hanya akan digunakan untuk kami menyampaikan produk dan perkhidmatan atau apa-apa aktiviti berkaitan Spotlight.

Spotlight tidak akan menggunakan atau berkongsi maklumat peribadi anda untuk lain-lain perkara, kecuali dengan kebenaran anda.

Kewajiban Dasar Privasi Spotlight

Spotlight komited untuk mematuhi

  • Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA)

Akta tersebut mengawal bagaimana kami boleh mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan maklumat peribadi. Akta ini juga menerangkan bagaimana individu boleh mengakses dan membetulkan maklumat peribadi yang disimpan oleh kami.

 "Maklumat Peribadi" bermaksud apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak dengan subjek data, mereka yang terus dikenal pasti atau boleh dikenal pasti dari maklumat itu, termasuk data peribadi yang sensitif (data berkaitan dengan kesihatan, rekod-rekod kesalahan jenayah, pendapat politik atau kepercayaan agama atau kepercayaan lain) dan penyuaraan pendapat. Sebagai contoh, maklumat-maklumat ini boleh mengandungi nama anda, butiran hubungan, umur dan maklumat kesihatan.

Dengan melawat laman web kami dan / atau menyediakan maklumat atau data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan terma dan syarat dalam Dasar Privasi ini, melainkan anda memaklumkan kepada kami sebaliknya dengan menghubungi kami.

Dasar privasi ini berkuat kuasa mulai Jun 2014. Dari semasa ke semasa, dasar dan prosedur kami akan dikaji semula dan, jika perlu, dikemas kini. Jika ada sebarang perubahan, ia akan dipaparkan di laman web kami.


Bagaimana Spotlight Menggunakan Maklumat Peribadi Anda?

Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

Pelanggan

  • menghubungi anda berkaitan program kesetiaan atau pemasaran kami;
  • menyediakan perkhidmatan dan produk kepada anda;
  • menjawab pertanyaan dan memberikan perkhidmatan pelanggan kepada anda;
  • memberitahu anda mengenai produk lain yang kami fikir mungkin menarik minat anda;
  • membolehkan kami menjalankan penilaian kredit;
  • mengekalkan dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan;
  • menguruskan baki kad hadiah anda;

Pekerja atau Pemohon Kerja

  • menjalankan tugas pekerjaan, sumber manusia dan hal-hal penggajian
  • untuk mempertimbangkan tawaran pekerjaan

Vendor atau Pembekal

  • mengurus urusan perniagaan kami dengan anda;
  • membolehkan kami menjalankan penilaian kredit;

Umum

  • mengurus dan menyelesaikan sebarang aduan dan isu undang-undang, pengguna atau komersil;
  • menjalankan aktiviti dalaman termasuk latihan;
  • menjalankan penyelidikan dan analisis pemasaran; dan memenuhi tanggungjawab undang-undang kami

 

Pendedahan Data Peribadi Anda  

Semasa kami menyampaikan produk dan perkhidmatan, menggajikan anda atau menjalankan perniagaan, kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda.

Kami hanya mendedahkan maklumat peribadi untuk tujuan yang dibenarkan, atau untuk tujuan yang berkaitan secara langsung dengan salah satu fungsi atau aktiviti kami. Kami tidak akan mendedahkan kepada orang lain melainkan:

  • anda telah bersetuju dengan pendedahan itu;
  • anda telah menjangkakan, atau telah dimaklumkan, bahawa maklumat anda diserahkan kepada individu, perniagaan atau agensi; atau
  • diperlukan atau dibenarkan oleh pihak berkuasa


Kepada Siapa Kami Boleh Mendedahkan Maklumat Anda?

Kami boleh mendedahkan maklumat anda kepada:

  • perniagaan atau entiti lain Spotlight;
  • syarikat yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami, seperti syarikat penghantaran, penyedia perkhidmatan sistem data, promosi perdagangan atau pentadbiran kad hadiah dan penyedia pengurusan akaun;
  • penasihat profesional (seperti peguam atau juruaudit);
  • di mana anda seorang pekerja, kepada sumber manusia dan syarikat pemprosesan gaji yang dilantik Spotlight;
  • di mana anda adalah pemohon kerja atau pekerja, kepada syarikat perunding pengambilan pekerja;
  • pengendali sistem pembayaran dan institusi kewangan;
  • organisasi yang diberi kuasa oleh Spotlight untuk menjalankan aktiviti promosi, penyelidikan atau pemasaran;
  • atas permintaan yang sah dari agensi penguatkuasa undang-undang atau pihak berkuasa kerajaan; dan
  • mana-mana orang yang diwakilkan oleh anda, wasi, pemegang amanah dan wakil undang-undang.


Pemasaran Langsung

Kami komited untuk mematuhi semua undang-undang dan keperluan yang berkaitan dengan penggunaan maklumat peribadi anda. Kami hanya akan menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung jika anda telah memberikan maklumat anda untuk tujuan itu (dan telah menjangkakan kami untuk menggunakan maklumat itu untuk tujuan tersebut), atau jika anda telah memberikan persetujuan untuk maklumat anda digunakan dengan cara ini.

Dari semasa ke semasa, kami boleh menghubungi anda mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami dan entiti berkaitan serta rakan perniagaan kami, yang kami fikir akan menarik minat anda. Anda mungkin akan dihubungi melalui mel, telefon, e-mel, mesej SMS / teks atau mesej media sosial.

Apabila kami menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, kami akan:

  • memberikan anda pilihan untuk tidak menerima komunikasi pemasaran langsung (juga dikenali sebagai ‘memilih keluar’; dan
  • mematuhi permintaan anda untuk 'memilih keluar' untuk menerima komunikasi lanjut dalam jangka masa yang munasabah.

Spotlight hanya akan menghubungi anda jika anda telah bersetuju dengan ini, dan anda boleh meminta untuk dikeluarkan dari senarai pemasaran kami pada bila-bila masa dengan menghubungi kami.

Jika anda tidak mahu dihubungi oleh Spotlight sila e-mel kepada kami di privacy@srg.com.au.

Adakah Spotlight Mendedahkan Maklumat Peribadi Anda Kepada Penerima Luar Negara?

Maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada entiti Spotlight, rakan niaga dan pembekal perkhidmatan lain di Australia dan luar negara.

Negara-negara ini boleh berubah dari semasa ke semasa, tetapi boleh termasuk Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Filipina, dan Amerika Syarikat.

Ada masa tertentu kami menggunakan platform dan perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses jualan, menyediakan sokongan web, menghantar mesej pemasaran, menyampaikan produk atau menyampaikan maklumat. Perkhidmatan-perkhidmatan ini tidak dihoskan dan diuruskan oleh kami sendiri, dan beberapa perkhidmatan ini dihoskan oleh pihak ketiga di luar negara. Kami menggunakan produk dan perkhidmatan yang diselenggarakan di Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia, Filipina, dan Amerika Syarikat.

Maklumat peribadi anda boleh disimpan dalam borang yang selamat dan disulitkan di luar negera (cth. dalam alat penyimpan data dan kemudahan pengkomputeran awan yang dikendalikan oleh kami (atau oleh pihak ketiga bagi pihak Spotlight).


Penggunaan Alat Pengenalan Yang Disediakan Oleh Kerajaan

Spotlight tidak akan menggunakan alat pengenalan yang disediakan oleh kerajaan, seperti nombor lesen memandu untuk mengenal pasti individu.


Penggunaan Laman Web

Laman web kami dianjurkan dan dikendalikan secara profesional dalam persekitaran yang selamat. Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa terdapat risiko dalam menghantar maklumat peribadi anda melalui Internet.

Kami menggunakan platform pembayaran selamat untuk memproses pesanan dalam talian. Pelanggan boleh melihat kad mereka didebitkan dalam masa nyata, semuanya dalam persekitaran selamat SSL.

Kami mengambil keselamatan laman web dan kad kredit dengan sangat serius, dan sentiasa berusaha untuk menyediakan platform selamat untuk menjalankan urus niaga dalam talian, semua laman web kami menggunakan 2048 bit SSL dengan sehingga 256 bit enkripsi untuk memproses maklumat peribadi dan transaksi pemprosesan. Kami tidak menyimpan butiran kad kredit anda.

Untuk memastikan anda mengakses pelayan yang selamat, pastikan terdapat imej kekunci yang tidak terputus atau simbol berkunci yang kebiasaannya terletak sama ada ada di kiri bawah atau kanan atas tetingkap penyemak imbas. Sekiranya ia ada, maka SSL aktif. Anda juga boleh memastikan semula dengan melihat URL. Sekiranya SSL aktif, maka aksara pertama baris tersebut akan ditulis 'https' dan bukannya 'http' sahaja. Adalah penting untuk anda berwaspada daripada akses tanpa kebenaran terhadap kata laluan dan komputer anda.

Pastikan anda log keluar apabila anda telah selesai melawat laman web kami terutama jika anda mengaksesnya dari komputer yang dikongsi.


Penggunaan Kuki

Apa itu kuki?

Kuki merupakan fail teks bersaiz kecil yang mana laman sesawang menyimpannya di dalam komputer anda atau di dalam peranti mudah alih anda bila anda melawati sesebuah laman. 

Maklumat yang diperolehi adalah termasuk alamat IP, (atau proksi pelayan), nombor pengenalan peranti dan aplikasi, kawasan, jenis perisaian pelayar, pembekal servis Internet dan/atau peranti mudah alih, muka surat dan fail yang telah dilawati, sistem operasi dan sistem konfigurasi yang digunakan untuk mengakses laman web serta tarikh dan masa anda mengakses laman web.


Apakah Jenis Kuki Yang Digunakan Oleh Kami?

Terdapat empat jenis kuki:

  1. Kuki Kefungsian – membolehkan anda melayari laman web kami dan menggunakan ciri-ciri yang disediakan seperti “Add to Cart” dan “Add to Wishlist”;
  2. Kuki Analitis – membolehkan kami mengenali dan membuat analisis tentang bagaimana pelanggan melayari laman web kami supaya dapat memperbaiki ciri kefungsian dan pengalaman membeli-belah anda.
  3. Kuki Pilihan Pelanggan – ketika anda melayari laman web kami, kuki ini akan mengingati pilihan anda (seperti pilihan bahasa atau lokasi), supaya kami boleh memberi anda pengalaman membeli-belah yang lancar, dan lebih peribadi untuk anda; dan
  4. Kuki Pengiklanan – digunakan untuk memberikan iklan yang relevan kepada anda. Ia juga mengehadkan jumlah iklan yang dipaparkan dan membantu kami mengukur keberkesanan kempen pemasaran kami.

 

Mengapa Kami Menggunakan Kuki

Kuki membantu menyediakan fungsi tambahan untuk laman web kami dan membantu kami menganalisa cara anda berinteraksi dengan laman web kami dengan lebih tepat. Kami menggunakan maklumat yang dikumpul oleh kuki untuk memahami, menyesuaiguna dan memperbaiki pengalaman pengunjung laman web kami, servis dan promosi, serta untuk menguruskan pengiklanan kami. Sebagai contoh, pelayan kami boleh menetapkan kuki yang membuatkan anda tidak perlu memasukkan kata laluan lebih dari sekali semasa melawat laman web kami. Kami juga mungkin menggunakan perkhidmatan analitik web untuk membantu kami memahami bagaimana pengunjung berinteraksi dan melayari laman web kami (contoh- bagaimana dan bila halaman laman web dikunjungi dan jumlah pengunjung). Kuki juga membantu kami memberikan anda pengalaman yang lebih diperibadikan, disesuaigunakan dan relevan kepada pengunjung dengan menyampaikan kandungan dan fungsi berdasarkan pilihan dan minat individu. Sekiranya anda telah memberikan maklumat peribadi kepada kami (contoh- melalui pendaftaran atau permintaan untuk bahan tertentu), kami mungkin mengaitkan maklumat peribadi ini dengan maklumat yang telah dikumpulkan melalui kuki.

 

Kuki dan Analitis Google

Dalam beberapa kes, penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang kami bekerjasama mungkin menggunakan kuki untuk menyokong inisiatif pemasaran digital kami. Kami menggunakan Perkhidmatan Analitis Google, yang disediakan oleh Google, Inc. (Google). Google menggunakan kuki dan teknologi serupa untuk menganalisis trend keseluruhan dan membantu kami memahami bagaimana pengunjung menggunakan laman web, bagaimana kami dapat meningkatkan laman web dan menjamin keselamatan mereka dan terus berfungsi dengan baik. Maklumat yang dihasilkan oleh kuki mengenai penggunaan laman web anda (termasuk alamat IP anda) akan dihantar ke dan disimpan oleh Google di pelayan di Amerika Syarikat. Google akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan menilai penggunaan laman web, menyusun laporan aktiviti laman web untuk pengendali laman web dan menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti laman web dan penggunaan internet. Google juga boleh memindahkan maklumat ini kepada pihak ketiga jika diminta untuk melakukannya oleh undang-undang, atau di mana pihak ketiga tersebut memproses maklumat tersebut atas nama Google. Google tidak akan mengaitkan alamat IP anda dengan data lain yang dimiliki oleh Google.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pemprosesan data oleh Google, lihat Dasar Privasi Google. Anda boleh mengelakkan data digunakan oleh Perkhidmatan Analitis Google dengan memuat turun ciri tambahan pelayar web Google Opt-Out Browser yang disediakan oleh Google. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kuki yang digunakan oleh Google, lihat halaman Penggunaan Kuki Analitis Google.

 

Cara Menguruskan Kuki

Pelayar web anda boleh diatur untuk membolehkan anda mengawal sama ada anda akan menerima kuki, menolak kuki atau untuk memberitahu anda setiap kali kuki dihantar ke pelayar web anda. Sekiranya pelayar web anda ditetapkan untuk menolak kuki, laman web yang diaktifkan dengan kuki tidak akan mengenali anda semasa anda kembali ke laman web, dan beberapa fungsi laman web mungkin tidak akan berfungsi. Bahagian "Bantuan" pada pelayar web anda mungkin memberitahu anda bagaimana untuk mengelakkan anda menerima kuki.

 

Kuki dan Maklumat Peribadi

Dalam semua kes di mana kuki digunakan, kuki tidak akan mengumpulkan maklumat peribadi kecuali dengan kebenaran anda.

 

Pautan ke laman web pihak ketiga

Walaupun pautan ke laman web pihak ketiga mungkin disediakan di laman web kami, kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan atau amalan laman web pihak ketiga ini.

Pautan ini disediakan untuk kemudahan anda dan tidak mewakili sokongan Spotlight ke atas laman web pihak ketiga yang dipautkan. Kami mengesyorkan agar anda memeriksa dasar privasi pihak ketiga ini sebelum memberikan maklumat peribadi anda kepada mereka.

Tidak ada pautan yang boleh dibuat ke laman web ini tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.

Bagaimana anda boleh mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda

Anda boleh meminta akses ke maklumat peribadi yang kami simpan mengenai anda pada bila-bila masa, dan kami akan memberikan maklumat tersebut kepada anda melainkan jika kami dilarang oleh undang-undang untuk memberikannya kepada anda.

Sekiranya kami tidak dapat memberi anda akses ke maklumat yang anda minta, kami akan memberi anda sebab ketika kami menjawab permintaan anda.

Anda tidak akan dikenakan bayaran untuk mengakses maklumat anda, walaupun kami mungkin perlu mengenakan kos yang munasabah untuk memproses permintaan anda, termasuk fotokopi, pentadbiran dan pos. Kami akan menasihati anda mengenai apa-apa bayaran yang perlu dibayar sebelum kami memproses permintaan anda.

Sekiranya anda percaya bahawa maklumat peribadi anda tidak tepat, lengkap atau terkini, sila hubungi kami melalui e-mel ke privacy@srg.com.au atau ajukan permintaan anda kepada The Privacy Officer, Legal Department, Spotlight Retail Group, Level 6, 111 Cecil Street, South Melbourne  Vic  3205, Australia, dan kami akan membetulkan maklumat ini.

Bagaimana anda boleh memberitahu kami mengenai masalah privasi atau sebarang pertanyaan

Jika anda:

  • mempunyai pertanyaan, kebimbangan atau aduan mengenai cara maklumat peribadi anda dikumpulkan atau dikendalikan oleh Spotlight; atau
  • ingin meminta akses atau pembetulan maklumat peribadi yang kami simpan mengenai anda;

Sila hantar ke:

The Privacy Officer
Legal Department
Spotlight Retail Group
Level 6, 111 Cecil Street
South Melbourne  Vic  3205
Australia
Emel: privacy@srg.com.au
Telefon:
+603 2731 9240

altText

BECOME A SPOTLIGHT VIP

Get VIP discounts, attend exclusive events and more