Spotlight Stores Our Heritage

Sejarah Kami

Spotlight merupakan perniagaan keluarga yang diasaskan di Australia serta mempunyai rangkaian gedung di serata Australia, New Zealand dan Asia. Kami dibantu oleh lebih dari 6,700 kakitangan yang dedikasi dalam menyediakan perkhidmatan, kualiti barangan yang terbaik, harga dan juga kepakaran dalam bidang kain, kraf dan peralatan rumah kepada jutaan pelanggan kami setiap tahun.

Pengasas Spotlight telah menguasai bidang fabrik sejak mula bekerja di kedai kepunyaan keluarganya bertempat di Queen Victoria Market, Melbourne pada awal 1970-an. Semangat, daya maju yang tinggi beserta pengalaman dalam bidang perniagaan telah mendorong mereka untuk membuka Spotlight yang pertama di Malvern pada September, 1973, dan giat berkembang sehingga kini.

Kepelbagaian produk telah bertambah seiring dengan perkembangan kami. Kini Spotlight mempunyai lebih dari seratus gedung merentasi Australia, New Zealand dan Asia,dengan menawarkan ratusan jenama dan ribuan jenis produk untuk pilihan para pelanggan.

Di Spotlight, anda boleh mendapatkan hampir kesemua barangan keperluan rumah termasuklah di ruang makan, dapur, ruang rehat, bilik tidur, bilik mandi dan juga peralatan mencuci pakaian. Kepelbagaian jenis barangan jahitan dan kraf kami serta bahagian keraian semakin berkembang, menawarkan pelbagai jenis hiasan dan kostum yang diperlukan untuk menjayakan sebarang majlis keraian. Pada 2014 kami telah melancarkan gedung atas talian yang baru dan kini para pelanggan dapat berurusan terus dangan kami tanpa perlu ke gedung berdekatan.

Jikalau dibandingkan dengan kedai milik keluarga yang dahulunya di Queen Victoria Market, Spotlight kini telah berkembang. Akan tetapi kami tetap tidak mengabaikan keprihatinan kami, harga yang berpatutan dan ketelitian dalam memastikan barangan berkualiti untuk menjadikan kami salah satu gedung yang digemari di Australia, New Zealand dan rantau Asia.

Spotlight
Your browser version is not supported.

This site does not support Internet Explorer 9 (and earlier) versions. Please upgrade your Internet Explorer browser to a newer version.

Alternatively, browse our site using either of the options:

  1. 1. Use Google Chrome browser. Here is the download link.
  2. 2. Use Firefox browser. Here is the download link.